Wednesday, June 16, 2010

Ronda Bandaraya Terengganu

Ini merupakan agenda yang paling aku suka..ronda-ronda di bandar Kuala Terengganu, sekarang ni memang meriah la..dengan kehadiran pelancong..

Lisa just nak bagi cadangan la kepada yang tidak tahu ke mana harus dia lawati bila sampai di terengganu ..

Antara cadangan lisa:

1- Bazar Warisan
Tempat ni baru je siap di bina dengan rekabentuk yang cantik,unik n nampak antik..tempat ni diberi nama Bazar Warisan. Memang sesuai la nama dengan bangunan tu..sesiapa yang suka bangunan unik di tengah bandar..ha!! ini lah yang korang carik..cantik beb..memang berbaloi la..
Disini ada menjual macam-macam barang contohnya batik,songket,cenderamata dan macam-macam la..konpem korang kene gi..kalu korang dah sampai terengganu tapi xgi tempat ni..korang memang alami kerugian yang besar,kalu korang buka perniagaan..ibarat bankrap la kan..he..he..

2- Bas bandar
Pengangkutan yang unik nie memang tak ada di negeri lain..hanya ada di terengganu sahaja.
kalau korang malas la nak drive sendiri untuk ronda-ronda bandar terengganu..korang boleh lah menaiki pengangkutan ini..Bas ni memang di sediakan khas untuk pelancong dengan kadar harga yang murah dan akan membawa korang menjelajah seluruh bandar terengganu. Bas ni mempunyai tempat duduk dengan keadaan bas yang amat selesa. Jom ronda-ronda naik Bas Bandar atau mungkin di kenali Bas kayu oleh pelancong.

3- Bot Penambang
Ha..yang ni aku tak pasti korang tau tak..aku rasa korang tau kot..ni bot penambang yang dulunya pengangkutan utama untuk orang Pulau Duyong,Seberang Takir ke Bandar terengganu.
korang boleh naik untuk merasai bot penambang ni,samada korang nak sewa satu bot atau naik sekali dengan penumpang lain.
Korang jangan ingat bot ni x mencabar tau,kalu first time naik..boleh gugur jantung tapi kami ni dah biasa..kami orang Pulau duyong beb!!!bangga aku..he..he..best nya naik bot..aku pun dah lama tak naik..rindu wehhhhh...korang mampu naik nyer la dengan Kadar harga yang murah ni tapi kalu korang nak sewa satu bot hanya untuk family korang aje..mahal la sikit..tapi ape salahnya kan..rasai cabaran nya..huih..dengan deruman enjin bot yang kuat..kdg2 boleh pekak telinga beb..ha..ha..

ok lah..ni antara 3 pilihan yang korang mesti lalui bila jejak kaki di terengganu..next time..aku bgitau lagi tempat yang korang leh ronda di terengganu..

No comments:

Post a Comment